Simpan Artikel
MyMetroArena

BERNAMA
PASUKAN The
Red Warriors (TRW) dan Kelantan United (KUFC) perlu memberikan tumpuan
mengangkat bakat-bakat muda tempatan, bagi menyertai kedua-dua pasukan itu
untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Bekas pemain
Kelantan dan Kebangsaan era-90, Mohd Hashim Mustapha, 53, berkata, penyertaan
dua pasukan dari negeri itu ke saingan Liga-M khususnya Liga Perdana, dilihat
memberi ruang lebih kepada pemain muda bermain di saingan liga lebih tinggi.
"Ia satu
perkembangan yang baik kepada pemain muda, terutamanya daripada pasukan Piala
Presiden Kelantan untuk ditampil beraksi pada liga yang lebih mencabar.
TRW sendiri
ketika ini menggunakan hampir 100 peratus pemain muda dan diharapkan ia terus
dikekalkan musim depan,” katanya hari ini.
Saingan Liga-M
sesi 2020, negeri dari Pantai Timur itu mempunyai dua pasukan apabila pasukan
KUFC melayakkan diri ke saingan Liga Perdana selepas muncul juara pada saingan
Liga M3 musim ini.
Mohd Hashim
yang pernah beraksi dalam skuad kebangsaan antara tahun 1984 sehingga 1996
berkata, sebagai jurulatih yang membimbing pasukan Piala Presiden Kelantan
musim ini, beliau lihat ramai pemain muda yang boleh diserapkan oleh kedua-dua
pasukan terbabit.
"Jadi
saya harap baik ketua jurulatih Kelantan TRW, Yusri Che Lah dan ketua jurulatih
KUFC, Zahasmi Ismail melakukan penilaian terhadap pemain-pemain itu dan jangan
biar mereka berhenti bermain bola sepak buka peluang kepada mereka untuk
menerus kerjaya mereka," katanya.
Beliau
berkata, begitu juga dengan peluang pemain tempatan dari negeri ini, penyertaan
dua pasukan terbabit diharap memberikan bonus kepada pemain tempatan dari
negeri itu untuk mendapat tempat pada saingan Liga-M.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 5:19 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan