Ahad, 11 Disember 2016

Efandi tebus maruah Sarawak

ARKIB : 31/10/1999
SARAWAK bertindak cemerlang apabila menundukkan Johor 2-0 pada perlawanan bola sepak pusingan kedua kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Sarawak, Petra Jaya, semalam, lapor ANUAR ARIFFIN.

Gol Bujang Senang dijaringkan oleh pemain gantian, Efandi Sugandi pada minit ke-61 dan Ibrahim Mantali (80).

Ini merupakan gol sulung jaringan Efandi selepas diberi kepercayaan menyarung jersi Bujang Senang oleh jurulatih, Abdul Jalil Rambli musim ini.

Efandi yang masuk menggantikan Bobby Chua mendapat hantaran cantik Ramles Sari sebelum melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Sani Fahmi.

Ibrahim pula mencipta jaringan melalui sepakan sudut melengkong yang menyaksikan bola terus menerjah ke gawang tanpa sentuhan mana-mana pemain.

Kemenangan ini bermakna Bujang Senang berjaya menebus kekalahannya pada pusingan pertama apabila tewas kepada Jengking 1-2 di Stadium Larkin, Johor Bahru.

SARAWAK: Mazlan Wahed, Roslan Ismail, Ramles Sari (Safri Amit), Bobby Pian, Mohd. Ali Sapiee, Mohd. Dahlan Matussin, Mohd. Zaidil Sakup, Bobby Chua (Efandi Sugandi), Ibrahim Mantali, Mohd. Nazri Yunus.

JOHOR: Mohd. Sani Fahmi, Rizal Sukiman, Liew Kim Tu, Idris Karim (Ahmad Redzuan), M. Chandran (Farouk Yahya), Hashim Mustapha, Bakhtiar Othman, Rosdee Sulong, Azmil Azali, Zakir Othman, Rizal Zambery Yahya.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4SXZ4xKyT © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan