Selasa, 30 April 2019

Misi penting Zami, Yusri

ARKIB : 03/02/1999
BANDARAYA HO CHI MINH - Zami Mohd. Noor dan Yusri Che Lah akan mengetuai barisan serangan Malaysia dalam perlawanan penting menentang China, yang akan menentukan satu lagi tempat ke separuh akhir dari Kumpulan B, pada Kejohanan Piala Dunhill Kedua, di sini malam ini.

Jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim memutuskan menurunkan semula gandingan ini yang bermain dengan baik semasa pasukan negara mengadakan tiga perlawanan persahabatan di Amiriah Arab Bersatu bulan lepas.

Malaysia memenangi dua daripada tiga perlawanan persahabatan di Dubai itu.

Abdul Rahman berkata gandingan Zami dan Yusri tidak diuji di sini kerana Zami demam dan terlepas perlawanan pembukaan dengan Bulgaria yang berkesudahan seri 1-1 Sabtu lepas.

Zami, seorang pemain pertahanan berpengalaman, turun bermain menentang Korea Selatan malam tadi, tetapi Yusri tidak diturunkan dan tempatnya diambil oleh V. Saravanan, seorang pemain lasak yang kurang pengalaman.

Malaysia amat berharap dapat merebut satu lagi tempat ke separuh akhir. Korea Selatan yang berada dalam satu kumpulan dengan Malaysia telah pun melayakkan diri apabila mengumpul enam mata penuh daripada dua kemenangan.

Untuk ke separuh akhir, Malaysia perlu menewaskan China dan berharap Korea Selatan mengalahkan Bulgaria dalam perlawanan terakhir kumpulan malam ini.

Selain Zami dan Yusri yang akan diletakkan pada barisan depan, Abdul Rahman berkata beliau akan menggunakan pemain bek Ghani Malik dan Anuar Jusoh serta pemain midfield K. Sanbagamaran, B. Rajnikandh dan Ahmad Shahrul Azhar membantu barisan serangan.

Barisan pertahanan akan dikemudi oleh Khairul Anuar Baharom dengan dibantu oleh Moey Kok Hong dan A. Ganesan, manakala penjaga gol Azmin Azram Aziz.

Kehadiran semula Rajnikandh dalam kesebelasan utama selepas digantung satu perlawanan dijangka akan memperkuatkan barisan pertahanan.

Sementara itu, ketika kedudukan Malaysia berada dalam keadaan tidak menentu untuk perlawanan penting menentang China, Abdul Rahman tidak sedikit pun bimbang, malah begitu yakin dengan keputusan perlawanan itu nanti.

Beliau yang kelihatan tenang, tidak seperti dua perlawanan Malaysia sebelum ini, yakin Malaysia mampu melakukan kejutan ke atas China.

Keyakinan beliau itu lahir selepas melihat corak permainan pasukan itu melalui dua perlawanan sebelum ini, di sini.

Pasukan itu kalah 1-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pembukaan Sabtu lepas dan semalam terpaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bulgaria.

Malaysia dan China mempunyai peluang terbaik untuk menempah satu lagi tempat ke separuh akhir kejohanan ini dari Kumpulan B selepas Korea Selatan menjadi pasukan pertama layak.

Korea Selatan menewaskan China 3-1 dan Malaysia 3-0, manakala Malaysia meperoleh satu mata daripada kedudukan seri 1-1 dengan Bulgaria. - Bernama.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4Ps3oVmR9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Olimpik 2000 TAHUN 1998


1 Jamsari bin Sabian, 2 Azairuddin bin Abdul Aziz, 3 Kamarulzaman Hassan, 4 Jaya Prekash a/l Supramaniam, 5 Gopalan a/l Mujappan, 6 Khairun Haled bin Masrom, 7 Azlan bin Hussain, 8 Yuzalman bin Zahari, 9 Johnny Joseph, 10 Hairuddin bin Omar, 11 Gilbert Cassedy anak Gawing, 12 Azmir Nor Hakim bin Burhan, 13 Das bin Gregory Kolopas, 14 Chan Wing Hoong, 15 Roslie bin Md Derus, 16 Chia Cheng Kar, 17 Tengku Hazman bin Raja Hassan, 18 Nik Ahmad Fadly bin Nik Leh, 19 Kamarulzaman bin Yub Abdul Majid, 20 Eddy Helmi bin Abd Manan, 21 Chow Chee Weng, 22 Saravanan s/o Vellu, 23 Mohd Nafuzi bin Muhammad Zain, 24 Muhammad Khalid bin Jamlus, 25 Lim Chan Yew, *M. Elangoo, *Redzuan Khan Ahmad

Isnin, 29 April 2019

Penyakit sama TFC II terus berulang - Tengku Hazman


KETUMPULAN Penyerang Terengganu FC II,  Akanni Sunday Wasiu merisaukan
KETUMPULAN Penyerang Terengganu FC II, Akanni Sunday Wasiu merisaukan pengendalinya, Tengku Hazman Raja Hassan.- BERNAMA
28 April 2019 4:09 PM

KUALA LUMPUR 28 April - Meskipun berjaya meraih tiga mata selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan tetapi pengendali Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Jelasnya, selepas memperolehi gol, pemain-pemainnya seakan hilang punca dan gagal mengekalkan rentak permainan seperti dirancang namun dia tetap memuji disiplin tinggi yang ditunjukkan ketika bertahan.


“Corak permainan mereka agak kaku, pemain tidak beraksi seperti biasa sebagai mana yang kita harapkan dan rancang sebelum permainan.

“Saya lihat penyakit sama terus berulang, apabila kita mendahului lawan kita hilang punca seperti yang berlaku ketika beraksi menentang PDRM tempoh hari.

“Dalam masa sama, saya lihat semua bahagian tidak begitu tersusun tetapi dari segi bertahan semua pemain menunjukkan disiplin yang baik dan saya berpuas hati,” katanya.

Dalam perlawanan itu, bekas penyerang Negeri Sembilan, Bruno Suzuki muncul penjaring tunggal pasukan tuan rumah menerusi jaringan minit pertama perlawanan untuk memastikan kemenangan menjadi milik TFC II.

Sementara itu, Tengku Hazman turut meluahkan kebimbangan berkenaan prestasi tidak konsisten penyerang utamanya, Akanni Sunday Wasiu yang sering melepaskan peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

“Bukan sahaja perlawanan malam ini (malam tadi) dia (Sunday) gagal menghasilkan gol, tetapi saya lihat sudah banyak perlawanan pemain itu gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang terbuka.

“Mungkin dia belum menemui sentuhan gol lagi tetapi untuk pusingan kedua nanti jika pemain itu gagal menonjol sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada kita,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE 28 April 2019 4:09 PM