Selasa, 22 September 2020

Tiada sabotaj pun Bibi.

 MyMetroArena



Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.my

HASHIM Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, semalam.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri.

Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakannya menyebabkan The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkiran.

Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhianati pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabkan pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengahan musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan.

Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancurkan.

Tapi, bila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain. Tidak ada komplot atau pengkhianatan, cuma beliau kini takut kepada bayang-bayangnya sendiri,” tegas Hashim.

Tanpa menidakkan peranan Bibi terutama pengorbanannya mengeluarkan duit sendiri untuk memulihkan kewangan KAFA, Hashim berkata presiden itu tidak boleh bertindak secara bersendirian dalam menaikkan semula martabat bola sepak Kelantan.

Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarkan pengalaman kami.

Sepanjang pengetahuan saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan Kelantan.

Kami sudah memberi pandangan namun nampaknya beliau tidak mengikut apa yang kami cadangkan.

Pada masa sekarang, apa perlu beliau buat adalah fokus kepada transformasi yang sudah dilakukan bersama jurulatih baharu (Fajer Ebrahim). Mereka perlu selamatkan pasukan ini daripada jatuh ke Liga Perdana.

Memandangkan pemain senior sudah tiada, Kelantan memerlukan pemain import yang bagus dan berpengalaman untuk membimbing pemain muda,” kata Hashim.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 12:33 PM

Sedih bola sepak Kelate boh!

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

"JADI satu kesedihan dan kerugianlah kepada pasukan Kelantan sebab kita tahu nama Kelantan ini nama besar dalam bola sepak.

"Sepatutnya bertanding dalam Liga Super ataupun Liga Perdana. Ini dah jadi macam ini saya pun tak tahu nak kata apa sebabnya hutang terlalu banyak." menurut legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha.

Hashim bagaimanapun percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membantu dengan memansuhkan hutang itu demi menyelamatkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada terkubur rebah.

Krisis kewangan yang menghantui KAFA dengan hutang mencecah lebih RM5 juta termasuk perlu tunggakan gaji bekas pemain import yang kini di bawah pemerhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) nyata menyukarkan buat mana-mana pihak untuk menyelamatkan skuad The Red Warriors itu.

Menurut Hashim, peletakkan jawatan Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah adalah disebabkan ketiadaan sumber penaja untuk membantu pasukan itu.

"Saya rasa tak ada orang nak jadi Presiden KAFA buat masa terdekat ini, ialah sebab bila dah pegang jawatan itu... hutang itu terlalu banyak, hutang yang lama-lama kecuali FAM atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia) beri kelonggaran.

"Sesiapa pun yang jadi Presiden tak payah bayar hutang lama-lama, cuma teruskan saja tapi dengan bersyarat tak boleh berbelanja besar untuk tempoh yang lama. Dan mungkin boleh bayar sikit-sikit maknanya ada perjanjian.

"Kalau terpaksa main dalam Liga M3 pun tak apa main saja. Kalau cara ini boleh adalah sikit cahaya. Macam contoh, takkan baru masuk kerja hari ini dah nak kena bayar hutang," katanya.

KAFA mengesahkan Wan Abdul Rahim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim meletakkan jawatan kelmarin selepas setahun mengemudi badan induk bola sepak negeri itu.

Keputusan berkenaan diambil kerana mahu memberi ruang dan peluang kepada individu berkelayakan memimpin KAFA sekali gus mampu menyelesaikan segala masalah yang melanda ketika ini.

Jelas Hashim lagi yang juga pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia selama dua tahun berturut-turut pada 1993 dan 1994 itu, beliau berharap KAFA tidak menerima nasib sama seperti Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang digantung oleh FIFA ekoran masalah tunggakan gaji.

"Mungkin untuk kes pemain tempatan FAM boleh bantu. Tapi untuk kes FIFA membabitkan pemain import, agak sukar. Kalau ikutkan gaji saya sebagai jurulatih Piala Presiden Kelantan tahun lepas lepas pun tak dapat lagi.

"Bagi saya yang penting adalah kita selamatkan KAFA kerana kalau KAFA dah tak ada, bola sepak di Kelantan boleh 'mati' dan pemain-pemain kelahiran Kelantan terpaksa keluar untuk bermain bola sepak," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 11:35 PM

Hashim kecewa anak buah tak terpilih

MyMetroArena



Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan, Hashim Mustapha terkilan dengan sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang seolah-olah menutup mata atas kemampuan beberapa orang anak buahnya semasa pemilihan pelatih pasukan Projek Sukan SEA 2017.

Hashim berkata, sebagai juara Piala Presiden dua tahun berturut-turut pada 2015 dan 2016, FAM sepatutnya memberi lebih perhatian kepada bakat yang dimiliki oleh pasukan itu.

Sebaliknya, badan induk itu hanya menyenaraikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan penyerang Danial Ashraf Abdullah yang kini bermain untuk skuad Liga Super Kelantan dalam senarai 26 pelatih yang diumumkan baru-baru ini.

Kelantan juara Piala Presiden dua tahun berturut-turut yang membuktikan kemampuan pemain muda kami. Tapi agak pelik hanya dua pemain dipilih sedangkan masih ramai yang berkelayakan untuk sekurang-kurangnya disenaraikan dalam skuad pelatih.

Sejak Frank Bernhardt menjadi jurulatih hinggalah sekarang diambil alih oleh Datuk Ong (Kim Swee), saya sudah menyuarakan pandangan supaya mereka mencuba beberapa orang anak buah saya. Tapi ternyata, cadangan saya tidak diendahkan.”SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 3:15 AM

Buang sikap 'kepala angin'

MyMetroArena



Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.my

BEKAS jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan, Hashim Mustapha menasihati penjaga gol muda, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed agar mengawal sikap ‘bengkeng’ jika mahu lebih cemerlang dalam kariernya.

Hashim berkata, dengan ketinggian 1.84 meter serta bakat dimiliki, bekas anak didiknya itu mempunyai pakej lengkap untuk tampil sebagai calon penjaga gol skuad kebangsaan kelak dengan syarat dia perlu bersikap lebih tenang ketika di padang.

Perjalanan kariernya meningkat daripada setahun ke setahun, bermula di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), kemudian Harimau Muda C, disusuli pasukan Piala Presiden hingga tersenarai sebagai penjaga gol simpanan skuad Liga Super Kelantan pada musim ini.

Namun, sepanjang mendidiknya ketika bersama skuad Piala Presiden Kelantan, saya dapati satu-satunya kelemahan Syihan adalah dia seorang yang ‘bengkeng’ serta mudah naik angin apabila menerima provokasi pihak lawan.

Dia pernah dibuang padang semasa perlawanan menentang pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) pada musim 2016 kerana bertindak balas ke atas lawan sehingga mencetuskan pergaduhan.

Saya lihat sikap kepala angin itu masih ada dalam dirinya, mungkin kerana usianya yang muda. Nasihat saya, kalau hendak berjaya, kena bijak kawal emosi kerana sudut lain sudah ‘kemas’ (bagus),” dedah Hashim.

Jurulatih itu ternyata gembira apabila Syihan adalah antara penjaga gol yang mendapat kepercayaan Datuk Ong Kim Swee untuk disenaraikan dalam skuad Bawah 23 Tahun negara ke Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), di China, bulan depan.

Syihan, 21, akan bersaing dengan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim) untuk merebut posisi penjaga gol utama skuad B-23 negara yang kini sedang menjalani latihan di Mokpo, Korea Selatan.

Ia satu lagi peningkatan yang bagus untuk kariernya. Saya yakin, dalam tempoh beberapa tahun akan datang dia sudah bersedia untuk mengawal pintu gol skuad utama negara.

Malah, langkah Syihan berhijrah ke Negeri Sembilan musim depan juga sesuatu yang positif untuk kariernya kerana peluang untuk berada dalam kesebelasan utama agak terhad jika kekal di Kelantan.“Ini kerana Apek (Khairul Fahmi Che Mat) masih penjaga gol terbaik Kelantan di samping Ramadhan Abdul Hamid juga turut memberi saingan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2017 @ 1:59 PM

Sabtu, 19 September 2020

Tindakan segera selesai hutang lapuk langkah terpuji

 SUKAN

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 20 September 2020



Mohd Hashim Mustapa
LEGENDA bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapa menyifatkan tindakan segera pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman menyelesaikan hutang lapuk yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai langkah terpuji.
Menurutnya, tindakan Norizam itu menunjukkan kesungguhannya untuk memastikan badan induk bola sepak negeri itu tidak terus dipalit dengan beban hutang, sekali gus memberikan sinar baharu kepada The Red Warriors (TRW).
“Apa yang dilakukan oleh Norizam itu membuktikan komitmen beliau dan ini tindakan yang harus dipuji selepas Kelantan sekian lama dilanda masalah hutang dan gaji pemain.
“Saya harap langkah positif itu dapat diteruskan dan selepas ini tidak timbul lagi masalah gaji yang membelenggu pasukan dan dalam masa sama, Kelantan akan dapat kembali menjadi gergasi bola sepak di Malaysia.
“Gaji tertunggak pemain musim ini juga sudah dibayar, jadi tiada alasan untuk pasukan kalah dalam baki perlawanan saingan liga. Ia akan menjadi cabaran buat pemain memberikan aksi terbaik,” katanya kepada Sinar Ahad semalam.
Terdahulu, Norizam mengotakan janji menyelesaikan hutang lapuk KAFA apabila mengeluarkan belanja berjumlah RM3.6 juta melibatkan bayaran hutang kepada 15 bekas pemain dan pegawai bermula musim 2017, 2018 dan 2019.
Norizam atau lebih terkenal dengan panggilan Zamburger turut melunaskan bayaran tunggakan gaji antara lima hingga enam bulan membabitkan barisan pemain yang menggalas cabaran bersama TRW musim ini.
Hashim yang pernah melatih skuad Piala Presiden Kelantan pada tahun 2019 turut menerima bayaran tunggakan gajinya berjumlah RM20,000.
“Alhamdulillah, hutang saya sudah pun dibayar dan saya menghargai usaha Norizam. Kalau boleh dan jika ada rezeki saya nak bertentang mata dengan beliau mengucapkan terima kasih,” ujarnya.
Antara bekas pemain yang terlibat ialah Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Celin, Seydi L. Imam, Mohd Farish Shah Rosli, Mohd Badhri Radzi, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Nor Farhan Mohamad.
Barisan pegawai pula melibatkan Sathit Bensoh (bekas jurulatih TRW), Mohd Hisham Jainuddin (bekas jurulatih penjaga gol TRW) selain Mohd Hashim dan pengendali Kelantan, Yusri Che LahArtikel Penuh SUMBER:https://www.sinarharian.com.my/article/101829/BERITA/Sukan/Tindakan-segera-selesai-hutang-lapuk-langkah-terpuji© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf